Saturday, May 26, 2012

Cara Terbaru Sebarkan virus HIV!!

Cara terbaru menyebar Virus HIV

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau
telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi 'Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawaii jadi berhati-hati... ...

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.

Sila SEBARKAN maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...

Wallahu'alam..


Kisah Mayat Yang X Diterima Di Negeri Pahang

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)


korang rasa TERKENA? xkn xnk kongsi ngan kekawan?
apa lagi? jom share. baru ADIL samer2 kena hahaha.
admin pom terkena jugak macam korang! best apa hahaha


cerita ini admin dapat dari blog,jgn marah. ini cerita lama.xtau pulak famous jugak yer hahaha

#gambar sekadar hiasan sahaja :):)


Monday, May 14, 2012

Cute

Ok guys, check out this new page kayh! =)

Thursday, June 9, 2011

Account Deactivation............

Dari semalam......
aku dh deacctivate acc fb..knp? sajer..mls nk serabut ngn manusia2 parasite dlm fb tu..
tp bkn sbb tu jer, sbnrnya nk fokus ngn keje n life.bler activate fb, asyik x leh fokus.Ye la, pakai blackberry, lg la, notification asyik masuk jer. Betul2 mengganggu terutama tym keje..Yg paling teruk, bila distracted by fb tym driving, smpai aku terlanggar kereta org!! huhu, dah la kereta baru dapat seminggu, dh pg cium kereta org lain.Nasib baik la brother tu cool jer, x mintak satu sen pun duit aku, klau dia mintak, mmg confirm aku cuma bley bagi RM 20 je pasal dlm purse tym tu mmg ada RM 20 jer..hehehe...lgpun tym tu drive sorang, nk pinjam duit org pun mmg x la kan....Aku langgar kete ni nsib baik la family aku x tau. Adik aku sorang jer yg tau..mak ayah aku xtw.klau diaorang tahu, mmg mati la aku kena marah ngn mak aku, nak2 klau dia tau aku langgar kete org sbb sibuk main fb!  huhu, esok baru nk g amek kete kt proton servis, x tw la kena charge brape, myb lebih RM200.....aih.....duit lg, asyik terbang jer duit aku........... T_T  no more social life after this...duk umah mengenangkan nasib jer la...hahaha

Sunday, May 15, 2011

Movie: Priest

Baru je tgk cerita Priest tadi kat Summit dengan Sharm.

Kteorg tgk kul 9mlm, midnite punyer sold out. Mula2 tu aku ingat kan cerita ni pasal paderi (nama lagi priest), dlm hati terpikir gak, apesal la minah ni ajak aku tgk cter keagamaan ni??? (pasal dia x beriman pun) wakkaakaa..and then waktu dia nk reserve ticket pun aku x tanya cter pasal ape, aku juz on je...so, kteorg smpai summit lebey kurang kul 7.30, then gi mkn, pusing2, smpai kul 9 masuk wayang... rupa2 nyer cter ni pasal vampire vs human...huhuhu...tp vampire dia bukan yg hot2 mcm the cullens yer...vampire dia sgt hodoh and dah mcm makhluk dlm cerita the descent pun ada...movie dia pasal vampire serang manusia, and para paderi telah diajar cara2 nk lawan makhluk ni,,, dlm cter ni, priests diangap sbg org suruhan tuhan la..kira yg paling best utk lawan vampire...and ada satu priest, nama dia (aku lupa) hahahaa sbb dlm cter tu org panggil dia priest or father jer, adalah hero cter ni..dia sgt cool, and not bad looking, dia langar law gereja utk lawan vampire (yg gereja ingat dh pupus lama)...sbb vampire2 t culik anak dia,,erk?? haha..tp ok la, cter ni best,full of action,and motorsikal dia paling best!! laju gler!! mcm fast & furious! mmg x rugi la....seyes best, cuma cter dia agak pendek and ending agak kurang memuaskan...tp berbaloi la,im sure they will be priest 2 coz cter dia tergantung td........

Monday, May 2, 2011

Perasaan itu telah hilang..........

Perasaan sayang, cinta, suka, sumenyer indah....
Mash ingat lagi waktu mula-mula aku jatuh cinta dulu...first love, everything wz so nice..hidup mcm di awangan...xboleh berenggang dgn handphone walau sesaat...dlm hati penuh perasaan bunga2 cinta.berkembang mekar (cewah)....Ingat lagi dulu, cinta pertama, nama Zali.....satu-satunya lelaki yang aku cinta, sayang, rindu, suka duka aku semuanya kerana dia.aku masih ingat lagi perasaan waktu tu, bila jumpa saja dia, ada satu perasaan berbunga2 dalam hati...seronok x terhingga...perasaan rindu, syg, cinta, sume menjadi satu. Bila xjumpa sehari rasa mcm x jumpa sebulan...waktu tu, aku rasa mcm aku lah satu2 nya pmpuan yg ada bf...haahahaa...the feeling was so nice...tp itu cter 4 tahun dulu....selepas dia, x pnh ada lelaki lain dalam hidup aku..Kalau ada pun, dtg dan pergi mcm tu jer....tanpa ada sebarang kesan dlm hidup aku pun...bukan x pernah mencuba...pernah, byk kali, tp mesti kecewa....sama lah mcm dgn zali dulu, cinta yg aku ingt sampai mati, rupa2 nyer kena tipu bodoh2 je oleh mamat sial tu.....tp x pe, at least aku penh rasa jgk perasaan bercinta tu...thx a lot...

Tapi sekarang, knp langsung x wujud perasaan tu dlm diri aku? ada jugak sorang dua lelaki aku suka, aku keluar, and lelaki tu pun bg green light to proceed to the next level, tp mesti aku reject........reason??? sbb aku x de perasaan kat diaorang! ada jugak lelaki yg aku suka, aku nak, tp laki tu plak x nak kat aku...tp x kesah la sbb aku pun x heran.....pelik kan....lama sgt menyingle...smpai dh x taw perasaan nk suka org mcm mana...tp x per la, janji aku bahagia ngn hidup sekarang,,x pyh pening2 pasal lelaki..kalau ada, ada la..x de, jwbnyer kena pg mandi bunga la,,,, hahaahaha

Life is always cheat on u..

Life, kat mana2 pun sama....kl, kuantan, kedah, even kat changlun skali pun, kalau diri sendiri x pandai nk jaga diri sendiri, mmg habis laaa...same goes to me....im getting worse frm day to day...idk why....myb because the freedom that i get here,has led me into a black tunnel...hoping that i will repent one day,( but its jz a hope)...
semua benda tu kena dtg dr nawaitu sendiri..klau sendiri rasa nk berubah, bukit tinggi leh jd rata...tp kalau takat hangat2 taik ayam, dosa kecik zarah boleh besar n tinggi mcm gunung everest...aku tak nak bila semua benda dh terlewat, baru nk menyesal.mcm pepatah la, dah terhantuk baru nk tergadah....sepatutnyer kena la hati2 drpd awal.pilih kawan yg betul2 membantu, bukan yg mengutuk, menjahanamkan...tp itu kecik punyer hal...yg sebenarnya, semua tu dtg dr diri sendiri,,aku sendiri kena decide nk pilih jalan lurus atau bengkok..Ya Allah, kau ampuni dosa aku, yg banyak alpa dlm mengejar keduniaan dan keseronokan dunia, tanpa pernah ingat akan dosa, halal, haram, balasan setiap apa yg aku buat, aku ambil ringan sedangkan aku tahu, setiap siksa mu adalah pedih dan sakit...Semoga pintu hati aku dibukakan untuk kembali ke jalan yg lurus..amin.....

Tuesday, March 29, 2011

What da..........

1 box in 2 days....aku mesti dh gler kan.....
STOP AYA !!!

Thursday, March 24, 2011

It's You!

This song really makes me falll in love.........

Tuesday, March 22, 2011

La Bodega

Jz now i went for a drink and dinner @ La Bodega, which is a spanish Restaurant, at Bangsar...It wz awesome place, nice interior design and the place is a very good place to hv a nice drink, sit bck and relax...i went there with my friend, Sharm and we hang out there from 7pm until 9.30pm..i drank at least 4 glasses of 'water' and she took 5 shots of vodka, which is super crazy coz we went there by public transport, and hv to go bck by public transport too.. i wz a bit worried about her coz she looked like LOST...me? i wz still ok, and still cn walk like normal people....i havent get my paid yet but i hd to pay over hundred or the food and drinks..(super 'nice')...isnt it??? o man!! tomorow, hopefully i wake up and feel real FRESH!